"Seribu @ Sejuta Kemaafan"

Assalamualaikum~

Coretan kali ni berkenaan dengan diri aku & kemaafan~
Memang tak d nafikan~
Ada yang terasa dari kenyataan2 dan tindakan yang aku lakukan~
Bila da terasa~
Mula la masing2 menjauhkan diri & ada yg respon balik
dengan tindakan dan kenyataan yg "best" kepada aku~

Hmmm~
Xpa laa~
Itu memang kelemahan yang ada pada diriku~
Apa yang aku cuba buat dari masa ke semasa adalah untuk cuba merubah kelemahan diri yang ada agar insan lain tidak terasa~
Memang betol bukan mudah, TP! Kalau tiada usaha memang xkan berubah~
Insya-allah aku boleh berubah!

Bukan aku sorang je yang ada buat salah kat orang~~
Insan lain pown ada gak yang buat salah pada aku
Biar lah~
Bagi aku, tiada lagi insan yang sempurna pada zaman ini~
Hanya sorang je yang pernah wujud dalam dunia ni~
Dan aku merupakan salah seorang UMAT-nya~

Dengan ini~
Aku memaafkan segala dosa-dosa semua insan yang pernah ada kesilapan dengan aku
tiada lagi hutang antara engkau dan aku
aku halalkan semua andai ada yang terambil
Aku juga ingin memohon maaf kepada semua
andai aku ada tersalah kata atau perihal sehingga membuat hidup anda tidak keruan
(Nabi pown memafkan Ummatnya~ Sapa lah aku untuk tidak buat perkara yang sama)

Salam~



"Menyuarakan Pendapat"

Assalamualaikum~

Pendapat??
Setiap insan punya pendapat sendiri, lain orang lain pendapat~
Tp ada gak yang punya pendapat yang sama
Kalau semuanya sama pendapat~
Masakan ada d Malaysia yang sokong PAS & sokong UMNO
Padahal mereka asalnya dari "suku" yang sama~

Jangan la pula kite bergado kerna hanya tidak sependapat
Yang penting keputusan & hasilnya 
berguna & bernilai untuk semua INSAN

Aku punya pendapat, engkau pown punya pendapat sendiri
Cuba la fahamkan apa yang cuba hendak d sampaikan oleh masing2
Fikirkan lah mana yang terbaik!
Andai tiada jalan penyelesaian~
tidak perlu tuk kita bertelingkah kerna
hasilnya tidak kemana~

Berundurlah salah seorang demi "INSAN"
kerna berundur itu tidak bermakna kita lemah @ tewas
Andai dengan berundur itu merupakan untuk mendapat keputusan yang terbaik~
Andalah yang sebenarnya JUARA!! 

Ini semua hanyalah kerna

KITA SATU BANGSA 
&
KITA SATU NEGARA

kita adalah Bangsa Malaysia yang berdiri diatas tanah & menjunjung langit yang sama~
tiada Melayu
tiada Cina
tiada India
tiada Iban
tiada Kadazan
dll

TETAPI!
kita adalah MALAYSIA!!

Yang baik itu datang dari ALLAH
Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri!
Menyusun jari mohon maaf andai ada yang tersalah~

Sekian~





"Tanggal 15hb"

Assalamualaikum~

Allhamdulillah, puas merasa KUZI kambing masa jamuan bufday my bro pada 29hb 3 haritu~ 
^_^
Pejam celik 2x da 27 taun umoq die~
Selamat hari lahir dan cepat2 tawen~
Muahahahahaha~

15hb ???
Kenapa dengan 15hb??
OK, 15hb merupakan detik bersejarah dalam hidupku
D mana aku akan menempuh satu perjalanan yang tak pernah lg aku lalui
Suasana baru, pengangkutan baru dan orang2 baru
Bersediakah aku??
Insya-allah~ doa2 kan la ye~

Nak tau??
Xbley laa nk bg tau skunk~
Bile sampai seru nanti, akan saya war-warkan kepada kalian semua~

Hint yg bley aku kongsikan ialah :-
Parents aku da melalui semua ini~
Itu je buat masa ni

Sehingga berjumpa lagi~

Salam~

"Kuzi Kambing"

Assalamualaikum~

Ha! ni nak cita pasal Kuzi Kambing~
Bagi mereka yang da perna makan Kuzi yang di sediakan Oleh
Chef "Bondaku" 
pasti mengetahui mcm mana rasanyaaaa~
Pasti sehingga menjilat jari dan mintak nak tambah lagi...
Dan ada juga yang mintak resepi~

^_^

Oleh itu, post aku kali ni nak berkongsi secara "general" resepi membuat kuzi....
Bahan2 yang kite perlukan ialah seperti berikut~

"SPM vs BUDU"

Assalamualaikum~

Hari ni murupakan hari bersejarah dan titik permulaan bagi adik2 yg mengambil peperiksaan SPM 2010
Bg mereka yg mendapat keputusan cemerlang
Aku ucapkan Tahniah!! dan harap dapat kekalkan prestasi & memajukan negara dengan Ilmu2
Bg mereka yg tidak berjaya
Janganlah anda semua hampa kerna, kejatuhan anda hari ini merupakan satu pembakar semangat untuk anda berjaya d masa hadapan!
Tunjukkan bahawa anda bukan insan yg lemah!!

Ketika menyelak paper hari ni~~
Aku tertarik dengan satu berita yg bertajuk

"Perpisahan Ini"

 ~PER PI SAH AN INI~ 

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu





"Keputusan"

Assalamualaikum~

Baru je lepas menyaksikan perlawanan bola
antara
bersama abangku dengan keputusan nya
Chelsea menang 2-1
Perlawanan yang agak menarik biarpun pengadil tidak beraksi pada tahap sebenar hihi~

Aku sokong mana?
Aku sokong Chelsea ar~
Tapi, pasukan yang tetap di hati adalah pasukan MALAYSIA
Perlawanan yang amat aku nanti2 kan adalah perlawanan antara


Pernah ke stadium menyaksikan perlawan 2 pasukan ni masa kali terakhir chelsea datang...
Selama 90 Minit aku x duduk...menjerit je bersama rakan2 dan penyokong yang lain
Memang bersemangat habis la kat stadium tu...

Insya-allah, kalau xda halangan akan pergi ke stadium menyaksikan
perlawanan tersebut pada
21 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil

Biarpun apa keputusan pada perlawanan hari ini
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


Salam~



"Pengalaman Cikgu"

Assalamualaikum~

Tanggal 1/3/2011 genaplah 2 bulan aku meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru...
Mencurahkan bakti di Sek Keb Liang Batu 
sebagai seorang guru yg mendidik berkenaan ICT kepada warga SKLB...


Pada hari tersebut juga aku akan menjejakan kaki semula ke SKLB untuk menziarahi warga sekolah yang baru saja pulih dari musibah banjir yang melanda di negeri Johor...
Agak teruk juga la musibah banjir yang melanda...

Kenapa baru sekarang?
^_^
 Firstly baru dapt jemputan oleh cikgu2 sekolah (segan nk pg)
Secondly ramai sangat orang penting yg pegi melawat, terkenal sekolah ni....
Siap masuk TV3 lg...
So biarla keadaan reda dulu...

D lampir kan gamba2 dari masa aku mengajar sehingga selepas banjir surut..

Murid2 Lelaki~

Murid2 Perempuan~

Selepas banjir~
(Pemandangan Kelas aku dari dalam)

Peralatan yang tenggelam~

Persediaan Sebelum banjir~
(Pemandangan Kelas aku dari dalam)

Persediaan Sebelum banjir~
(Pemandangan Kelas aku dari dalam)

Ketika air baru nak naik~
(Pemandangan Kelas aku dari luar)

Ketika air baru nak naik~
(Pemandangan Kelas aku dari dalam)

Ketika air baru nak surut~
(Pemandangan Kelas aku dari dalam)

Antara warga SKLB yg bertungkus lumus mengemas d ketuai oleh GB~


Salam~

"Puas Hati"

Assalamualaikum~

Puas hati??
Kalau ikutkan ati ni....
Nak je tulis macam2 perkara yang xpuas ati...
Xkira la orang, system atau pown alam...

"Ciss, xpuas ati aku ngan mamat tu. Adake patut die cakap !@&#"
"Cilakak betol la system ni, time2 nga urgent la die nak wat sial"
"Hadoi!! Ujan lagi, sial betol laa~"
dll~
Ayat2 ni boleh d katakan selalu kite dengar bile sesorang tu x puas ati....

Haih~~
Bila lah kite nak puas ati kan...
Sampai bila?
Sampai Kiamat? 
Wahai hamba Allah ini....bersyukur & bersabar lah dengan apa yang d beri...
Setiap ujian yg datang bukan saja malapetaka bahkan rezeki yang d curahkan juga merupakan ujian....

Mengingatkan pada diri ku ini...
Pabila kita d herdik & dicaci....
Jangan lah kita balas, kerna pabila kite membalas....tiada beza antara kita dan die...
Bersabarlah, kerna pasti ada balasan untuk dia..

Salam~





Terkini! ^_^

Assamalmualaikum~

Sudah lebih sebulan aku bertukar alam....
kembali kepada alam pengangguran....
D samping menemani ayah ku yg bersara pada awal tahun 2011....

Kenapa berhenti??
1. Niat untuk sambung belajar (tp msih dlm perkiraan lg)....
2. Kene pindah jauh dalam keadaan ayah & ibu tidak berapa sehat....
3. Contract makin pendek....

Pada mulanya, aku merancang untuk menyambung pelajaran selepas berhenti kerja (MASTERji)...
So, aku wat la research d samping bertanyakan pada rakan2 & akak saudara yg ada pengalaman...
Bila sudah faham dengan apa yg perlu aku laksanakan...
Aku terus merangka strategi....
Sedang wat preparation...
Ibu plak kene tahan masuk spital...
Suspek Jantung (Jantung keletihan)...
Dapt la semalaman aku menjaga ibu (sepatutnye xbley sebab Wad Perempuan)...
Allhamdulillah, penyakit ibu tidak seteruk mana...
Cuma dpt amaran awal agar menjaga kesihatan & bnyk kan berehat...

So, sampai skunk la niat aku tertangguh ^_^
Xpala, lom ada rezeki lagi....
Insya-allah, kalau ada rezeki...
Dalam 2-3 minggu ni akan ada panggilan untuk kerja....
Moga2 dpt la keje tu...
Coz da bosan menganggur...
Ayah & ibu semakin ok...
walaupun kesihatan ayah akan semakin menurun... =(
Semoga ayah dpt bertahan...



Salam~

 
Copyright (c) 2011 Aku Statick.